PDF Print E-mail
Tuesday, 20 November 2007

Suasana pergunungan di Ladang Teh Sabah Straight to the source

Oleh Suzianah Jiffar

insidepix
LADANG Teh Sabah di Kampung Nalapak, Ranau.

Pengunjung dapat menikmati keindahan dan kehijauan hutan hujan tertua di dunia

JIKA mahukan kelainan ketika bercuti dengan ditemani ribuan pokok teh, panjangkan langkah ke Ladang Teh Sabah di Kampung Nalapak, Ranau, kira-kira 150 kilometer dari Kota Kinabalu.

Selain menikmati pemandangan luas menghijau dan ditemani bayu dingin pergunungan, peminat aktiviti mencabar yang ingin menerokai isi alam berpeluang berbuat demikian menerusi pelbagai aktiviti sambil menimba 1,001 pengalaman baru.


Pemanduan selama dua jam dari Kota Kinabalu berbaloi sebaik tiba ke kawasan Ladang Teh Sabah yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.

Malah, kawasan berkeluasan 2,480 hektar dan dikelilingi hutan hujan yang dikatakan tertua di dunia (dianggar berusia 130 juta tahun) itu adalah ladang teh organik tunggal di Malaysia dan antara yang terpilih di dunia.

Ketua Bahagian Pelancongan Ladang Teh Sabah, Ismail Martin Kong Abdullah, berkata lawatan ke ladang itu menyeronokkan kerana pengunjung akan melalui pelbagai aktiviti selain berpeluang menginap di rumah panjang tradisional.

insidepix
ISMAIL menunjukkan pucuk teh organik.

"Pelawat akan dibawa ke kilang pemprosesan teh dan ladang teh organik seluas kira-kira 2.8 hektar.

"Ini adalah satu-satunya ladang teh organik di Malaysia dan itu sebabnya Ladang Teh Sabah mendapat beberapa pengiktirafan termasuk daripada penerbit filem luar negara.

"Kita turut menerima permintaan daripada syarikat produksi Bollywood yang berminat mengadakan penggambaran di ladang organik," katanya.

Martin berkata, pelawat boleh menginap di banglo mewah, berkhemah atau rumah panjang tradisional yang dibuat daripada bambu.

"Rumah panjang tradisional ini mempunyai 25 bilik dan setiap bilik mampu memuatkan tiga orang dengan kemudahan katil, kipas dan lampu manakala bilik mandi di luar.

"Mereka yang tinggal di rumah panjang tidak dibenarkan memasak kerana ladang ini menyediakan kemudahan restoran," katanya.

Antara aktiviti ditawarkan di Ladang Teh Sabah ialah menyeberangi laluan berhalangan di kawasan rekreasi Sapaon, meredah trek laluan ke Bukit Kamunsu dan meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga.

Kawasan Ladang Teh Sabah turut menempatkan Tugu Peringatan Bukit Quailey, iaitu tentera Australia, Prebet Allan Quailey, yang terkorban di kawasan itu pada 16 Februari 1945 dalam Perbarisan Maut Tentera Australia Sandakan-Ranau.

Beberapa pakej disediakan termasuk lawatan sehari, dua hari satu malam dan tiga hari dua malam.

Pakej menyelitkan lawatan ke ladang dan kilang teh, kursus asas kemahiran kemandirian di hutan, mengenali sungai dan kaedah untuk menyeberangi sungai dengan selamat dan latihan berhalangan.

Pakej itu dianugerahi Program Pelancongan Terbaik (Pendidikan) dalam Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia.

Tidak kira sama ada sekadar ingin melihat ladang teh, berniaga, melarikan diri daripada kebisingan atau memang meminati aktiviti mencabar, Ladang Teh Sabah sesuai menjadi destinasi.

Ladang Teh Sabah dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 5 petang dan ditutup pada cuti umum. Maklumat lanjut hubungi talian 088-440882 atau laman web www.sabahtea.net.

Bagaimana ke sana?

  • Pengunjung boleh menaiki bas dari Terminal Bas Bandar raya-Utara dan bas berhenti di Pekan Ranau atau menaiki teksi dari stesen berhampiran Padang Merdeka
 
< Prev   Next >
About Us

OAM stands for Organic Alliance Malaysia. It is a membership-based business association that seeks to promote and protect the organic industry in Malaysia. In short, we like everybody in Malaysia to think organic, grow organic and use organic.

Read more...


Newsflash

Farmers taking to worm poop

KUANTAN: The Pahang Farmers Organisation will pioneer worm farming for fertiliser projects to boost agricultural yield in the East Coast Economic Region.

About 1,000 farmers from the association will be involved in the initial project.
Read more...
 

Organic Facts

3 of 20 Good Reasons To Buy Organic 

 

 Increase the resilience of farms during drought. In the wake of the 2002/2003
drought 100 000 agricultural sector jobs were lost (Australian Government, 2004). Organic
farms have a greater resilience in times of drought. A 21-year trial showed that organic
crops saw a margin of 38–196 per cent greater yield than comparable conventional crops
(AJAA, 2003).

 

Source: BFA